DUNIA > BERITA

Olimpik Paris : Juara dunia gimnastik Jerman, Dauser akhiri kerjaya antarabangsa

06/08/2024 02:00 AM

PARIS, 5 Ogos (Bernama-dpa) -- Juara dunia palang sejajar Lukas Dauser dari Jerman berkata perlawanan akhir Olimpik pada Isnin adalah pertandingan antarabangsa terakhirnya.

Dauser menduduki tempat ketujuh dalam acara terbaiknya pada temasya Olimpik Paris, selepas mengalami kecederaan otot baru-baru ini yang menghalang prestasinya. Beliau memenangi gelaran dunia tahun lepas dan dipilih sebagai Atlet Lelaki Terbaik Jerman.

"Kita melihat Lukas Dauser beraksi di pentas antarabangsa buat kali terakhir hari ini - di Kejohanan Eropah, dunia dan Sukan Olimpik," lapor agensi berita Jerman dpa, seperti dinyatakan oleh Dauser yang berusia 31 tahun itu kepada Eurosport.

"Sepanjang minggu dan bulan yang lepas, saya telah membuat keputusan ini adalah pertandingan antarabangsa terakhir saya."

Dauser berkata dia akan melengkapkan musim domestik dan kemudian memutuskan sama ada untuk meneruskan kerjaya selama satu atau dua tahun lagi di Jerman.

-- BERNAMA-dpa

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan