DUNIA > BERITA

Paris 2024: Trio Pecut Wanita Britain Menang Emas, Pecah Rekod Dunia

06/08/2024 09:43 AM

PARIS, 6 Ogos (Bernama-Xinhua) -- Britain mencipta rekod baharu dunia dengan catatan masa 45.186 saat (s) untuk memenangi emas dalam acara pecut berpasukan wanita di Sukan Olimpik Paris 2024 di Velodrom Saint-Quentin-en-Yvelines pada Isnin.

Trio Katy Marchant, Sophie Capewell dan Emma Finucane menewaskan trio New Zealand, Rebecca Petch, Shaane Fulton, dan Ellesse Andrews, yang mencatatkan masa 45.659s, lapor Xinhua.

"Saya kehilangan kata-kata, ia benar-benar luar biasa," kata Marchant yang dipanggil menyertai pasukan pada saat akhir dan kali terakhir meraih pingat Olimpik adalah pada 2016.

Finucane juga gembira dengan berkata: "Kami telah bekerja keras untuk ini dan proses adalah kuncinya," katanya.

Acara pecut berpasukan melibatkan tiga pelumba yang berlumba sejauh 750 meter (tiga pusingan) mengelilingi trek dengan seorang pelumba 'tidak meneruskan saingan' selepas setiap pusingan, meninggalkan seorang pelumba dari setiap pasukan untuk melintasi garisan penamat.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan