DUNIA > BERITA

Hamas Namakan Yahya Sinwar Sebagai Ketua Politik Baharu

07/08/2024 07:51 AM

BANDARAYA GAZA (Palestin), 7 Ogos (Bernama-Anadolu) -- Kumpulan Palestin Hamas telah melantik Yahya Sinwar sebagai ketua politik baharu mereka.

Sinwar menggantikan Ismail Haniyeh yang dibunuh di Tehran selepas menghadiri majlis angkat sumpah presiden baharu Iran pada 31 Julai.

Hamas mengumumkan perkara itu dalam satu kenyataan di saluran Telegramnya, lapor Agensi Anadolu (AA) pada Selasa.

Hamas dan Iran telah menuduh Israel membunuh Haniyeh, namun Tel Aviv tidak mengesahkan mahupun menafikan penglibatannya.

Seorang pegawai kanan Hamas Sami Abu Zuhri berkata: “Pemilihan Sinwar sebagai pemimpin Hamas menghantar mesej yang signifikan kepada musuh (Israel) dan sekutunya.”

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan