DUNIA > BERITA

Brazil Mara Ke Final Bola Sepak Wanita Olimpik

07/08/2024 09:53 AM

PARIS, 7 Ogos (Bernama-Xinhua) -- Brazil mengejutkan juara Piala Dunia Sepanyol dengan kemenangan 4-2 pada Selasa untuk memastikan tempat dalam perlawanan akhir bola sepak wanita di Sukan Olimpik Paris, lapor Agensi Berita Xinhua.

Gabi Portilho muncul wira Brazil apabila menjaringkan satu gol dan melakukan satu bantuan gol. Brazil akan berdepan Amerika Syarikat (AS) pada perlawanan akhir.

Walaupun Sepanyol menjaringkan dua gol lewat permainan menerusi Salma Paralluelo, penguasaan Brazil jelas sukar ditandingi.

Gol sendiri oleh penjaga gol Sepanyol Cata Coll memberikan Brazil pendahuluan awal, diikuti gol Portilho pada masa kecederaan separuh masa pertama selain jaringan menerusi tandukan Adriana pada minit ke-72.

Kerolin menambah gol keempat Brazil pada masa kecederaan sebelum Paralluelo menjaringkan gol kedua untuk Sepanyol menjadikan kedudukan 4-2.

Dalam satu lagi aksi separuh akhir, gol masa tambahan Sophia Smith sudah cukup membantu AS mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Jerman. Ini menandakan final Olimpik pertama untuk AS sejak London 2012.

Brazil sebelum ini mara ke final pada 2004 dan 2008 tetapi tewas kepada AS pada kedua-dua perlawanan.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan