DUNIA > BERITA

Setiausaha Luar UK Beri Amaran Risiko Ketegangan Meningkat Di Timur Tengah

07/08/2024 12:56 PM

MOSCOW, 7 Ogos (Bernama-Sputnik) -- Setiausaha Luar United Kingdom David Lammy berkata beliau mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatan dari Iran, Ali Bagheri Kani apabila beliau memberi amaran kepada diplomat Iran itu mengenai risiko peningkatan ketegangan di Timur Tengah, lapor Sputnik.

"Peningkatan ketegangan di Timur Tengah tidak menguntungkan sesiapa. Saya bercakap dengan Pemangku Menteri Luar Iran, Ali Bagheri Kani dan memberi amaran bahawa sebarang serangan dari Iran akan membawa kesan buruk kepada rantau itu," kata Lammy di X pada Selasa.

Beliau menambah bahawa Iran dan semua pihak yang terlibat perlu segera mengambil langkah untuk meredakan ketegangan.

Iran dilaporkan siap siaga untuk menyerang Israel sejurus selepas pemimpin politik Hamas, Ismail Haniyeh terbunuh dalam serangan di Tehran minggu lalu.

Iran menyalahkan Israel dan Amerika Syarikat atas kematian Haniyeh dan berkata serangan itu tidak akan dibiarkan tanpa tindak balas.

-- BERNAMA-SPUTNIK


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan