DUNIA > BERITA

Konsert Taylor Swift Di Vienna Dibatalkan Kerana Ancaman Keganasan

08/08/2024 07:47 AM

VIENNA, 8 Ogos (Bernama-dpa) -- Tiga persembahan Taylor Swift di Vienna dibatalkan, menurut penganjur lewat Rabu selepas dua suspek ditahan kerana didakwa merancang serangan pengganas, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Keputusan untuk membatalkan konsert yang dijadualkan pada Khamis, Jumaat dan Sabtu minggu ini diumumkan oleh Barracuda Music menerusi hantaran di Instagram.

Ia dibuat beberapa jam selepas penguatkuasa undang-undang Austria mengumumkan bahawa dua individu ditahan kerana disyaki merancang serangan, termasuk di konsert Swift.

Pengarah keselamatan awam di Kementerian Dalam Negeri Austria, Franz Ruf berkata bahan kimia telah dirampas daripada seorang warga Austria berusia 19 tahun.

Polis bimbang tentang kemungkinan adanya bahan letupan, telah mengambil langkah awal dengan mengosongkan rumah-rumah dan rumah penjagaan.

Menurut polis, suspek ditahan pada pagi Rabu di bandar Ternitz, 75 kilometer ke barat daya Vienna.

Seorang lagi individu ditahan pada petang yang sama di Vienna. Polis bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut.

-- BERNAMA-dpa

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan