DUNIA > BERITA

China Ulangi Desakan Gencatan Senjata Serta-Merta Di Gaza

08/08/2024 02:29 PM

NEW YORK, 8 Ogos (Bernama-CMG) -- China mengulangi desakan gencatan senjata serta-merta di Gaza, menurut seorang diplomat kanan China di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kuasa usaha sementara Misi Tetap China ke PBB Dai Bing berkata konflik di Gaza sudah berlarutan selama 300 hari, menyebabkan lebih 10,000 wanita terbunuh serta lebih sejuta wanita dan kanak-kanak Palestin terdedah kepada ancaman kebuluran.

Beliau mengulangi gesaan supaya semua pihak bertindak balas terhadap konsensus besar masyarakat antarabangsa dan berusaha ke arah menggerakkan pelaksanaan resolusi Majlis Keselamatan PBB (UNSC).

“Gencatan senjata segera perlu dilakukan di Gaza demi mengakhiri malapetaka kemanusiaan dan menghalang limpahan daripada konflik berkenaan,” kata Dai ketika berucap pada mesyuarat UNSC berhubung komitmen WPS (wanita, keamanan dan keselamatan) dalam konteks penarikan operasi keamanan yang dipercepat.

Beliau turut menekankan bahawa segala usaha untuk mencegah dan merungkai konflik serta mewujudkan persekitaran yang aman damai demi orang awam termasuk golongan wanita, merupakan prasyarat utama bagi memajukan agenda WPS.

-- BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan