DUNIA > BERITA

Arab Saudi Menang Anugerah Global Untuk Standard Kualiti Pembangunan Mampan

09/08/2024 05:07 PM

RIYADH, 9 Ogos (Bernama-SPA) -- Arab Saudi, yang diwakili oleh Kementerian Alam Sekitar, Air dan Pertanian telah memenangi Anugerah Global untuk Standard Kualiti Pembangunan Mampan bagi aplikasi “Panduan Pertanian Anda” untuk 2024, menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Anugerah yang diberikan oleh Persekutuan Sahabat Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu mengiktiraf aplikasi berkenaan sebagai inisiatif terbaik kerajaan itu dalam sektor pertanian untuk 2024.

Anugerah itu disampaikan semasa acara Memperkasakan Masa Depan di Timur Tengah  bertemakan  "Memajukan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Wilayah yang Makmur."

Kerajaan Arab Saudi menerima anugerah itu sebagai pengiktirafan terhadap usahanya dalam merealisasikan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), selaras dengan Visi Saudi 2030.

Kerajaan Arab Saudi telah menggunakan segala sumbernya untuk mempromosikan pembangunan mampan di pelbagai sektor, meningkatkan pemuliharaan alam sekitar dan sumber semula jadi, serta menetapkan dirinya sebagai peneraju serantau dan global dalam pembangunan mampan.

Persidangan Matlamat Pembangunan Mampan di Timur Tengah bertujuan untuk menangani cabaran dan peluang unik yang dihadapi oleh negara-negara Timur Tengah dalam mencapai SDG PBB, serta memupuk kerjasama, bertukar-tukar amalan terbaik, dan merangsang tindakan ke arah pembangunan mampan.

--BERNAMA-SPA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan