DUNIA > BERITA

Olimpik Paris : Rasovszky Dari Hungary Raih Emas Renang Maraton Lelaki

09/08/2024 08:04 PM

PARIS, 9 Ogos (Bernama-dpa) -- Pemenang pingat perak Tokyo 2020 Kristof Rasovszky dari Hungary memperbaiki keputusannya di temasya Sukan Olimpik Paris dengan merangkul emas untuk acara renang maraton perlumbaan 10 kilometer dalam air terbuka lelaki pada Jumaat, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Juara dunia itu mendahului sebahagian besar perlumbaan dan menamatkan laluan di Seine dalam masa 1 jam 50 minit 52.7 saat untuk menamatkan perlumbaan 2.1 saat di hadapan Oliver Klemet dari Jerman.

Gangsa juga jatuh kepada Hungary apabila David Betlehem naik ke podium dalam pertarungan sengit dengan Domenico Acerenza dari Itali dan menamatkan hanya 0.6s di hadapan lawan Itali itu.

Juara Olimpik Tokyo 2020 dan pilihan bersama Florian Wellbrock dari Jerman hanya berada di tempat kelapan. Beliau mendahului untuk sebahagian perlumbaan, tetapi kecundang dalam kumpulan pendahulu pada pusingan terakhir.

Maraton wanita pada Khamis dimenangi juara Olimpik Rio 2016 Sharon van Rouwendaal dari Belanda.

Atlet yang bertanding dalam acara renang maraton berulang kali menghadapi kelewatan latihan kerana isu kualiti air di Seine, yang menjadi masalah sepanjang Sukan Paris, juga dalam triatlon.

Latihan telah dibatalkan pada Selasa selepas bacaan untuk bakteria enterococci, yang menunjukkan kehadiran bahan najis, melebihi had yang dibenarkan.

-- BERNAMA-dpa


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan