DUNIA > BERITA

Gempa Bumi Dengan Magnitud 5.3 Gegarkan Wilayah Kanagawa, Jepun

09/08/2024 08:10 PM

TOKYO, 9 Ogos (Bernama-Kyodo) -- Gempa bumi dengan magnitud awal 5.3 menggegarkan Wilayah Kanagawa berhampiran Tokyo pada Jumaat tanpa amaran tsunami dikeluarkan, lapor agensi berita Kyodo yang memetik kenyataan agensi cuaca Jepun.

Gempa pada pukul 7.57 malam itu diukur pada bacaan 5 daripada 7 dalam skala intensiti seismik Jepun,  di bahagian barat Wilayah Kanagawa, menurut agensi berkenaan.

Pusat gempa berkenaan berada pada kedalaman 10 kilometer di bawah tanah.

-- BERNAMA-Kyodo


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan