DUNIA > BERITA

Hanya Separuh Tiket Sukan Paralimpik Paris Terjual Berbaki 18 Hari Lagi

10/08/2024 09:57 PM

PARIS, 10 Ogos (Bernama-dpa) -- Dua setengah minggu lagi sebelum bermulanya Paralimpik Paris, hanya kira-kira separuh daripada tiket acara itu yang telah terjual, lapor Agensi Berita Jerman, dpa.

Sukan Olimpik akan berakhir pada Ahad dan kemudian penganjur mempunyai jendela masa yang singkat untuk mengkonfigurasi semula tempat untuk Sukan orang kurang upaya.

Ketua Paris 2024 Tony Estanguet memberitahu pada sidang akhbar bahawa mereka berpuas hati dengan angka jualan tiket, sambil menambah bahawa tiket Paralimpik kini dibeli lima kali ganda lebih banyak berbanding pada permulaan Sukan Olimpik.

Penganjur menyatakan lebih daripada 3 juta tiket telah terjual setakat ini untuk Paralimpik, yang akan diadakan dari 28 Ogos hingga 8 Sept.

Pada Sukan Olimpik, 9.5 juta daripada kira-kira 10 juta tiket telah terjual - lebih banyak daripada sebelumnya dalam sejarah Sukan itu, menurut Estanguet.

Terdapat juga rekod dari segi populariti sukan berpasukan wanita - dengan 66,000 penonton menyaksikan ragbi tujuh di Stade de France dan 27,000 peminat menikmati bola keranjang di Lille.

-- BERNAMA-dpa

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan