DUNIA > BERITA

Pelancar Peluru Berpandu Houthi Musnah, USV Dan Dua Dron - Komando Pusat AA

10/08/2024 11:11 PM

MOSCOW, 10 Ogos (Bernama-Sputnik) -- Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) berkata dalam satu kenyataan bahawa ia telah memusnahkan pelancar peluru berpandu, sebuah kenderaan permukaan tanpa pemandu (USV) milik Houthi yang menguasai utara Yaman dan dua dron di Laut Merah, lapor Sputnik.

"Dalam tempoh 24 jam yang lepas, pasukan Komando Pusat AS (USCENTCOM) berjaya memusnahkan satu pelancar peluru berpandu Houthi yang disokong Iran dan satu kenderaan permukaan tanpa pemandu di kawasan yang dikuasai Houthi di Yaman. Selain itu, pasukan USCENTCOM berjaya memusnahkan dua kenderaan udara tanpa pemandu milik Houthi di Laut Merah," menurut kenyataan itu.

Ia berkata senjata itu mendatangkan ancaman kepada pasukan AS dan gabungan serta kapal dagang di rantau itu.

Houthi telah meningkatkan serangan mereka berikutan konflik Gaza. Houthi berikrar pada November 2023 untuk menyerang mana-mana kapal yang dikaitkan dengan Israel sehingga ia menghentikan tindakan ketenteraan di Semenanjung Gaza. Di tengah-tengah serangan Houthi, beberapa syarikat menggantung penghantaran melalui Laut Merah. Serangan itu mendorong AS untuk membentuk pakatan multinasional, termasuk UK antara lain, untuk melindungi perkapalan di kawasan Laut Merah, serta menyerang sasaran Houthi di darat.

-- BERNAMA-SPUTNIK


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan