DUNIA > BERITA

PM UK Starmer Batal Cuti Bersama Keluarga, Fokus Tangani Rusuhan

11/08/2024 04:38 PM

LONDON, 11 Ogos (Bernama-dpa) -- Perdana Menteri Britain Keir Starmer telah membatalkan rancangannya untuk bercuti ketika kerajaan terus memberi tumpuan kepada tindak balasnya berhubung kekacauan di negara itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Starmer dijangka memulakan percutian musim panas ke Eropah hujung minggu ini bersama keluarganya.

Namun, difahamkan bahawa beliau akan bekerja dari pejabatnya di No. 10 Downing Street di London dan kediaman rasmi perdana menteri, Chequers pada hujung minggu ini dan minggu depan, menurut agensi berita PA.

Pada Jumaat, Starmer menegaskan bahawa polis perlu kekal dalam “keadaan berjaga-jaga” pada hujung minggu ini.

Beliau memberitahu media bahawa tindak balas polis telah diperhebatkan selepas beberapa hari kekacauan dan mempercepatkan kes melalui mahkamah, tetapi mesejnya adalah untuk kekal "berjaga-jaga" bagi memastikan "komuniti di Britain selamat dan terjamin serta berasa selamat.”

Lebih ramai individu dihadapkan ke mahkamah pada Sabtu berhubung protes baru-baru ini ketika penunjuk perasaan anti-perkauman berkumpul di bandar-bandar, termasuk Belfast dan Edinburgh.

Beribu-ribu penunjuk perasaan anti-perkauman turut berkumpul di luar ibu pejabat Reform UK di London.

-- BERNAMA-dpa


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan