DUNIA > BERITA

Pelari Pecut Kongo, Mulamba Didapati Positif Steroid Anabolik

11/08/2024 09:29 PM

PARIS, 11 Ogos (Bernama-dpa) -- Pelari pecut dari Kongo, Dominique Lasconi Mulamba didapati positif steroid anabolik yang diharamkan di Sukan Olimpik Paris, menurut kenyataan Agensi Ujian Antarabangsa pada Ahad, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Mulamba didapati positif ujian yang mengandungi metabolit stanozolol pada 4 Ogos dan telah digantung buat sementara.

Mulamba berjaya melalui saringan awal bagi acara 100 meter pada 3 Ogos dengan catatan terbaik musim ini 10.54 saat. Dia meningkatkan catatan masanya sebanyak 0.01 saat dalam pusingan saringan 1 pada hari yang sama tetapi menamatkannya di tempat ketujuh dan tersingkir.

Atlet terlibat berhak mencabar pengenaan penggantungan sementara di hadapan Mahkamah Timbang Tara Sukan dan juga berhak meminta analisis sampel B.

-- Bernama-dpa


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan