DUNIA > BERITA

Perkhidmatan Kereta Api Algeria-tunisia Disambung Semula Selepas 30 Tahun

12/08/2024 12:50 AM

TUNIS, 11 Ogos (Bernama-WAM) -- Syarikat Pengangkutan Rel Nasional Algeria mengumumkan penyambungan semula perkhidmatan kereta api di laluan yang menghubungkan Algeria ke Tunisia, selepas terhenti hampir 30 tahun, menurut laporan media.

Agensi berita Emiriah (WAM) melaporkan bahawa pelancaran rasmi berlangsung pada Sabtu, dengan perjalanan komersial pertama dijadual berlepas dari Tunis pada Ahad.

Perkhidmatan komersial sulung dari stesen Algeria di Annaba dijadualkan pada Selasa.

Kereta api yang akan menempuh jarak 357 kilometer itu terdiri daripada dua gerabak kelas pertama dan dua gerabak kelas kedua, dengan kapasiti keseluruhan sehingga 300 penumpang setiap perjalanan.

Perkhidmatan kereta api antara kedua-dua negara telah digantung pada 1995 atas sebab keselamatan, dan walaupun ia disambung semula pada 2003, ia sekali lagi dihentikan kerana "masalah teknikal."

-- BERNAMA-WAM


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan