DUNIA > BERITA

Asean Kekal Rakan Perdagangan Terbesar China

12/08/2024 06:21 AM

BEIJING, 11 Ogos (Bernama-VNA) -- ASEAN kekal sebagai rakan perdagangan terbesar China, dengan jumlah dagangan dua hala mencapai CNY3.92 trilion (US$546.6 bilion) dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, meningkat 10.5 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut statistik oleh Pentadbiran Am Kastam China (GAC).

Daripada jumlah itu, eksport China ke ASEAN mencecah CNY2.36 trilion, meningkat 13.7 peratus tahun ke tahun, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

China menjadi rakan perdagangan terbesar ASEAN selama 15 tahun berturut-turut, manakala ASEAN menjadi rakan perdagangan terbesar China selama empat tahun berturut-turut.

Pada tahun lepas, hasil perdagangan dua hala menyumbang 15.4 peratus daripada nilai perdagangan antarabangsa China, dan jumlah itu adalah 15.8 peratus dalam tempoh tujuh bulan tahun ini.

Dalam kalangan 10 negara anggota ASEAN, Vietnam, Malaysia, dan Indonesia adalah rakan perdagangan utama China dengan nilai dagangan masing-masing meningkat sebanyak 24.1 peratus, 13.7 peratus, dan 4.1 peratus dalam tempoh kajian, katanya. 

-- BERNAMA-VNA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan