DUNIA > BERITA

Ibu Negara Baharu Indonesia Terima Pelaburan Us$3.5 Bilion - Presiden

13/08/2024 06:23 AM

JAKARTA, 12 Ogos (Bernama-Xinhua) -- Presiden Indonesia Joko Widodo pada Isnin berkata ibu kota baharu negara itu, Nusantara, telah menerima pelaburan sebanyak 56.2 trilion rupiah (kira-kira US$3.5 bilion).

“Setakat hari ini, pelaburan yang telah diterima untuk ibu kota baharu adalah sebanyak 56.2 trilion rupiah,” kata Widodo semasa Mesyuarat Kabinet pertama diadakan di Nusantara, yang disiarkan di saluran rasmi dalam talian.

Angka ini tidak termasuk belanjawan negara yang digunakan untuk membina bangunan kerajaan dan kemudahan awam lain.

Sebanyak 55 pelabur telah memulakan pembinaan premis perniagaan dalam sektor seperti perbankan, penjagaan kesihatan, runcit, tenaga, perhotelan, logistik, dan perumahan.

Seorang daripada pelabur berkenaan ialah Prabowo Subianto, seorang ahli perniagaan dan presiden terpilih  yang dijangka mula memegang jawatan pada Oktober.

“Saya optimis bahawa dalam tempoh empat hingga lima tahun, kota ini akan berfungsi dengan lebih baik sebagai ibu kota negara,” kata Prabowo.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan