DUNIA > BERITA

CIFTIS 2024 Bakal Diadakan Di Beijing Sebulan Lagi

13/08/2024 02:47 PM

BEIJING, 13 Ogos (Bernama-CMG) -- Pameran Antarabangsa China untuk Perdagangan Perkhidmatan  (CIFTIS) 2024 bakal diadakan di Beijing pada 12 hingga 16 September ini.

Menurut sidang media yang diadakan di sini semalam, pameran bertemakan “Perkhidmatan Global, Berkongsi dan Sama Untung” itu melibatkan pellbagai bidang perkhidmatan yang terkait dengan telekomunikasi, komputer dan maklumat, kewangan, pelancongan dan kebudayaan.

Perkhidmatan lain termasuk pendidikan, sukan, rantaian bekalan dan perniagaan, perundingan kejuruteraan dan pembinaan, kesihatan dan alam sekitar.

Melalui penganjuran sidang kemuncak perdagangan perkhidmatan global, demonstrasi, rundingan, jerayawara, majlis pelancaran hasil baharu, aktiviti sampingan dan sebagainya, CIFTIS tahun ini akan tertumpu kepada "kuasa produktif kualiti baharu", dan pencapaian China terkini dalam perdagangan perkhidmatan yang berorientasikan pembangunan digital, pintar dan hijau.

Sementara itu, model baharu dan format perniagaan baharu yang terbentuk berdasarkan perkembangan "kuasa produktif kualiti baharu" dalam bidang bidang perkhidmatan moden, pembuatan peringkat tinggi dan pertanian moden, beserta kecerdasan buatan (AI) serta teknologi metaverse, Internet satelit, data raya dan sebagainya juga akan dijadikan tarikan yang menonjol.

Antaranya, Sidang Kemuncak Perdagangan  Perkhidmatan Global dalam kerangka CIFTIS bertujuan menunjukkan keazaman China untuk meningkatkan tahap keterbukaan kepada dunia luar.

Perancis selaku tetamu kehormat CIFTIS 2024 akan mengendalikan satu balai pameran kenegaraan yang bertemakan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik China-Perancis.

Setakat ini terdapat 72 buah negara dan pertubuhan antarabangsa yang akan menyertai pameran itu.

--BERNAMA-CMG 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan