DUNIA > BERITA

"Minggu China-ASEAN 2024" Dirasmikan Di Shanxi

13/08/2024 03:59 PM

CHANGZHI, 13 Ogos (Bernama-CMG) -- China dan ASEAN diharap memanfaatkan momentum yang wujud dalam masa terbaik hubungan bilateral sekarang ini, bertindak pantas menggalakkan kerjasama, khususnya dalam bidang ekonomi dan perdagangan yang berasaskan "kuasa produktif kualiti baharu" di samping memperincikan pelaksanaan projek pertukaran sosiobudaya demi mengukuhkan persahabatan untuk jangka masa panjang.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Setiausaha Pusat China-ASEAN, Shi Zhongjun dalam "Minggu China-ASEAN 2024" yang dirasmikan di bandar Changzhi provinsi Shanxi pada Isnin.

China dan ASEAN yang sudah menjalin perkongsian strategik komprehensif pada 2021, merupakan rakan dagang terbesar antara satu sama lain untuk empat tahun berturut-turut. Lebih 2 bilion populasi serantau beransur-ansur mendapat faedah daripada pelaksanaan sejumlah projek dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) seperti Landasan Kereta Api China-Laos dan Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) Jakart-Bandung serta pelaksanaan secara menyeluruh Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

Sementara itu, muncul pula penggerak baharu dalam kerjasama bilateral dalam pelbagai bidang, seperti bidang tenaga bersih membabitkan angin, hidrolik dan suria yang dipercayai kondusif bagi transformasi dalam penggunaan tenaga setempat. 

Naib Setiausaha Agung ASEAN, H.E. Nararya S. Soeprapto menanti-nantikan kedua-dua pihak boleh merancakkan kolaborasi dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta ekonomi digital.

"Berdepan dengan cabaran pada abad ke-21, adalah mustahak bagi kita mencetuskan fenomena yang inovatif. Kita mampu menyelesaikan pelbagai masalah global seperti perubahan iklim, perubatan dan keselamatan makanan menerusi R&D bersama. Gabungan kelebihan China pasa aspek teknologi dengan kedinamikan ASEAN pada aspek memulakan kerjaya boleh membantu membentuk semula masa depan ekonomi serantau," kata Nararya lagi.

Turut hadir, wakil, duta dan pelajar ASEAN di China. Mereka telah mengadakan perbincangan dan interaksi yang mendalam berhubung topik "Pertumbuhan Pacuan 'Kuasa Produktif Kualiti Baharu'" dan "Pertukaran dan Simbiosis dalam Suasana Harmoni".

BERNAMA-CMG

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan