DUNIA > BERITA

Kes Denggi Di Filipina Cecah 136,161 Dengan 364 Kematian

13/08/2024 04:58 PM

MANILA, 13 Ogos (Bernama-Xinhua) -- Kes denggi di Filipina melonjak kepada 136,161 dari Januari hingga 3 Ogos tahun ini, dengan sekurang-kurangnya 364 kematian, kata Jabatan Kesihatan (DOH) negara itu pada Selasa, menurut Xinhua.

“Jumlah kematian yang dicatatkan tahun ini terus berkurang walaupun kes meningkat,” kata jurucakap DOH Penolong Setiausaha Albert Domingo.

Beliau mengaitkan jumlah kematian yang agak rendah tahun ini dengan "orang ramai yang mendapatkan rawatan awal dan hospital menguruskan kes dengan lebih baik".

Domingo menggesa orang ramai untuk berwaspada, mengingatkan mereka bahawa kes denggi "masih dalam aliran meningkat".

Denggi adalah endemik di Filipina. Penyakit berjangkit bawaan air termasuk denggi, biasanya memuncak pada permulaan musim hujan dari Julai hingga Oktober disebabkan oleh keadaan cuaca yang berubah-ubah, banjir dan pengumpulan air yang tercemar.

Nyamuk aedes membiak dalam air bertakung seperti bekas berisi air dan dalam beberapa tumbuhan, seperti pisang.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan