DUNIA > BERITA

AIU Fail Rayuan Kes Doping Pelari Pecut AS Di Paris 2024

16/08/2024 11:27 AM

BEIJING, 16 Ogos (Bernama-Xinhua) -- Unit Integriti Olahraga (AIU) pada Rabu bahawa pihaknya mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) berhubung kes berkaitan pelari pecut Amerika Syarikat, Erriyon Knighton yang dibenarkan bertanding di Paris 2024 selepas dibebaskan daripada tuduhan doping.

Knighton diuji positif trenbolone steroid pada 26 Mac tetapi Agensi Anti-Doping Amerika Syarikat (USADA) memutuskan bahawa keputusan positif itu mungkin disebabkan oleh daging yang tercemar, sekali gus mencetuskan kebimbangan ramai.

Atlet berusia 20 tahun itu akhirnya menduduki tempat keempat dalam acara akhir 200m lelaki di Paris, dan dia enggan ditemu bual selepas perlumbaan.

AIU yang ditubuhkan pada 2017, adalah organisasi bebas yang bertanggungjawab mengesan, menyiasat dan mengambil tindakan terhadap ancaman integriti sukan olahraga.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan