DUNIA > BERITA

Prabowo Tekankan Pemindahan Pengetahuan Ketika Pertemuan Dengan Menteri Pertahanan Turkiye

23/08/2024 03:39 PM

Oleh Mohd Iswandi Kasan Anuar

JAKARTA, 23 Ogos (Bernama) -- Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto menekankan kepentingan pemindahan ilmu pengetahuan dan pembangunan kapasiti semasa pertemuannya dengan rakan sejawatannya dari Turkiye, Yasar Guler pada Khamis.

Menurut Kementerian Pertahanan Indonesia, inisiatif yang dicadangkan termasuk biasiswa berskala besar untuk pelajar Indonesia di Turkiye, kursus jangka masa pendek mengenai program industri pertahanan serta penubuhan program bahasa Turkiye di universiti-universiti di Indonesia.

Prabowo juga berharap agar hubungan pertahanan antara Indonesia dan Turkiye akan memberi impak positif kepada kepentingan nasional kedua-dua negara, selain menyumbang kepada kestabilan keselamatan serantau, menurut kenyataan yang dikeluarkan kementerian itu pada Jumaat.

Kementerian turut menyatakan bahawa Turkiye telah menjadi rakan kongsi utama bagi Indonesia dalam bidang pertahanan menerusi pemeteraian perjanjian kerjasama industri pertahanan pada 2010, diikuti Mesyuarat Kerjasama Industri Pertahanan bermula pada 2012.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan