DUNIA > BERITA

Suspek Kes Tikam Di Solingen Pakai Pakaian Berlumuran Darah - Sumber

25/08/2024 06:44 PM

DUSSELDORF, 25 Ogos (Bernama-dpa) -- Suspek utama yang ditahan di Bandar Solingen, barat Jerman selepas insiden serangan tikaman maut di sana, memakai pakaian yang berlumuran darah, menurut agensi berita Jerman (dpa) yang memetik sumber polis.

Lelaki terlibat menyerah diri sehari selepas serangan tikaman maut pada Jumaat. Polis di Düsseldorf pada pagi Ahad memaklumkan bahawa suspek adalah seorang lelaki berusia 26 tahun yang berasal dari Syria.

Pejabat Pendakwa Persekutuan sedang menyiasat kes pembunuhan ini serta dakwaan keanggotaan lelaki itu dalam Kumpulan Daesh.

-- BERNAMA-dpa


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan