DUNIA > BERITA

Penasihat Abbas Desak Pertingkat Tekanan Terhadap As Bagi Hentikan Bekalan Senjata Ke Israel

25/08/2024 08:45 PM

JAKARTA, 25 Ogos (Bernama-Sputnik) -- Tekanan terhadap Amerika Syarikat dan beberapa negara lain berhubung bekalan dan penjualan senjata kepada Israel perlu ditingkatkan, kata penasihat Presiden Palestin Mahmoud Abbas mengenai hubungan antarabangsa dan utusan khasnya, Riyad al-Maliki dalam satu temu bual dengan Sputnik.

"Tekanan ke atas semua negara yang membekalkan senjata kepada Israel harus ditingkatkan. Khususnya melibatkan Amerika Syarikat.

Jika masyarakat antarabangsa terus memberi tekanan, "akan ada negara yang benar-benar mempertimbangkan isu ini," kata al-Maliki.

Jika sekatan tidak dapat dikenakan, sekurang-kurangnya penjualan senjata kepada Israel perlu dihentikan, katanya.

Pada April, Kongres AS meluluskan rang undang-undang bantuan luar negara yang membuka jalan kepada sokongan ketenteraan sebanyak US$15 bilion untuk Israel.

-- BERNAMA-SPUTNIK


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan