DUNIA > BERITA

Paris Sudah Sedia Untuk Sukan Paralimpik, Kata Presiden IPC

28/08/2024 11:46 AM

PARIS, 28 Ogos (Bernama-dpa) -- Penukaran venue Sukan Olimpik untuk Sukan Paralimpik tidak memberikan cabaran atau kesukaran, dan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) menegaskan bahawa Paris sudah bersedia, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Jika seseorang bertanya kepada saya sama ada bandaraya ini sudah bersedia, saya akan katakan ya.

“Anda perlu membandingkan kemajuan Paris dalam keterangkuman sepanjang tujuh tahun lepas dengan Sukan Paralimpik memainkan peranan penting dalam peningkatan ini,” kata Presiden IPC Andrew Parsons.

Menjelang upacara pembukaan pada Rabu, Parsons memuji usaha kerajaan Perancis.

“Kira-kira €1.5 bilion telah dilaburkan di seluruh negara dalam projek yang menumpukan kepada keterangkuman dan kebolehcapaian. Bandaraya Paris juga telah melabur €125 juta dalam usaha ini,” katanya.

Tumpuan besar diberikan kepada sistem pengangkutan. Kira-kira 1,000 teksi telah diubah suai untuk memenuhi keperluan orang kurang upaya. 

Selain itu, lebih 200 bas telah diubah suai untuk membawa enam kerusi roda setiap satu.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan