DUNIA > BERITA

1MDB: Mahkamah Switzerland Jatuhkan Hukuman Penjara Ke Atas Dua Eksekutif PetroSaudi

29/08/2024 12:27 AM

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Mahkamah Jenayah Persekutuan Switzerland pada Rabu telah mensabitkan dua eksekutif PetroSaudi atas kesalahan menyeleweng US$1.8 bilion daripada dana kekayaan negara Malaysia, 1Malaysia Development Bhd (1MDB). 

Ketua Eksekutif PetroSaudi Tarek Obaid dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun manakala Patrick Mahony, seorang pengarah di syarikat penerokaan dan pengeluaran minyak Arab Saudi itu, dijatuhi hukuman penjara enam tahun, lapor media antarabangsa.

Kedua-dua tertuduh didakwa menyeleweng sekurang-kurangnya US$1.8 bilion untuk mengayakan diri mereka sendiri melalui dana 1MDB, yang dikatakan bagi tujuan membiayai usaha sama dengan PetroSaudi dari tahun 2009 hingga 2015.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan