BERITA TERGEMPAR   Hong Leong Bank remains watchful on the US monetary policy stance, targeting 1.85 pct - 1.95 pct NIM growth in FY2025 - CEO Kevin Lam | 
 DUNIA > BERITA

Macron Isytihar Pembukaan Sukan Paralimpik Paris 2024

29/08/2024 11:26 AM

PARIS, 29 Ogos (Bernama-Xinhua) -- Presiden Perancis Emmanuel Macron mengisytiharkan Sukan Paralimpik Paris 2024 dibuka pada Rabu malam di Place de la Concorde, lapor agensi berita Xinhua.

Lebih 4,400 atlet daripada 168 delegasi akan mengambil bahagian dalam temasya selama 11 hari itu yang melibatkan 22 jenis sukan.

Eritrea, Kiribati dan Kosovo membuat penampilan sulung mereka pada temasya berkenaan.

China menghantar 284 atlet - 126 lelaki dan 158 wanita - untuk bersaing dalam 302 acara melibatkan 19 sukan, dengan 95 daripadanya bertanding dalam Sukan Paralimpik buat kali pertama.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan