DUNIA > BERITA

Perbincangan China, AS Ikhlas Dan Substantif

29/08/2024 03:36 PM

BEIJING, 29 Ogos (Bernama-CMG) -- Pengarah Pejabat Suruhanjaya Pusat bagi Hal Ehwal Luar Wang Yi mengadakan pusingan baharu komunikasi strategik China-Amerika Syarikat (AS) bersama Penasihat Keselamatan Negara Rumah Putih Jake Sullivan di sini bermula dari Selasa hingga Rabu.

Kedua-dua pihak telah mengadakan perbincangan yang ikhlas, substantif dan konstruktif dalam komunikasi kali ini.

Wang berkata keselamatan sesebuah negara tidak boleh diwujudkan berasaskan keadaan tidak selamat negara lain.

Isu keselamatan negara memerlukan sempadan yang jelas, terutamanya ‘delinasi’ sainfitik adalah penting dalam bidang ekonomi.

AS digesa menghentikan tindakan membuli China dalam bidang ekonomi dan teknologi serta perbuatan yang menjejaskan kepentingan sah negara Tembok Besar.

Menurut beliau, amalan perlindungan dengan dalih 'kapasiti pengeluaran berlebihan' hanya akan merosakkan pembangunan hijau global dan pertumbuhan ekonomi dunia.

Sementara itu, Sullivan berkata AS sudi melayan satu sama lain secara sama rata sambil menambah bahawa persaingan harus dilakukan secara sihat dan adil serta pihaknya tidak mahu ‘mencantas hubungan’ dengan China.

AS berpegang kepada dasar satu China dan tidak menyokong 'kemerdekaan Taiwan' atau 'dua China'.

Menurut Sullivan, dasar AS bertujuan mencari kaedah untuk mewujudkan perkembangan hubungan yang mampan antara kedua-dua negara.

Kedua-dua pihak bersetuju terus melaksanakan konsensus penting yang dicapai antara ketua negara di San Francisco, di samping mengekalkan pertukaran peringkat tinggi dan komunikasi di segenap peringkat.

China dan AS juga sepakat untuk meneruskan kerjasama melibatkan kawalan dadah, penguatkuasaan undang-undang, penghantaran balik pendatang tanpa izin serta usaha menangani perubahan iklim.

-- BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan