DUNIA > BERITA

Pesta Teh Tarik, Bawa Sentuhan Malaysia Ke Medan

30/08/2024 03:38 PM

JAKARTA, 30 Ogos (Bernama) -- Pesta Teh Tarik anjuran Konsulat Jeneral Malaysia (KJM) di Medan dan Malaysian Club Medan (MCM) berlangsung meriah pada Khamis dengan kehadiran 170 tetamu jemputan.

Ekspatriat Malaysia, kor diplomatik, pegawai pemerintah Provinsi Sumatera Utara dan Kota Medan serta tokoh tempatan dalam sektor perniagaan, perbankan, kesihatan dan pelancongan antara yang hadir.

Pelbagai makanan tradisional Malaysia seperti roti canai, murtabak, mi kari Penang, dan nasi lemak ayam berempah, lengkap dengan kuih-muih dan teh tarik dihidangkan pada majlis itu, menurut KJM Medan dalam kenyataan.

KJM Medan berkata pesta ini sekali gus mempromosikan warisan masakan Malaysia dengan menampilkan hidangan sarapan ikonik - Nasi Lemak, Roti Canai dan Teh Tarik yang dicalonkan oleh Malaysia dalam Senarai Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan UNESCO.

Dalam ucapan, Konsul Shahril Nizam Abdul Malek berharap ekspatriat Malaysia dapat berusaha sama untuk menjaga kepentingan dan mempromosikan Malaysia di Indonesia khususnya di Pulau Sumatera.

Ucapan balas, Presiden MCM Goh Tiam Huat, menyambut baik hasrat mengeratkan kerjasama dan memaklumkan beberapa aktiviti bersama dirancang dan bakal dilaksanakan dalam masa terdekat.

Tumpuan pesta itu  termasuk demonstrasi kemahiran membuat teh tarik oleh Mohd Zairul Nizam Md Lazim daripada Pejabat Perhubungan Tentera Laut Diraja Malaysia.

Selain itu, 10 tetamu terpilih turut menyertai pertandingan Teh Tarik Challenge, yang dirancang khas bagi mencungkil bakat terpendam dalam membuat minuman istimewa Malaysia itu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan