DUNIA > BERITA

Pelbagai Kenderaan Hangus Dalam Kebakaran Di Tempat Letak Kereta Di Singapura

31/08/2024 06:59 PM

SINGAPURA, 31 Ogos (Bernama) -- Pelbagai jenis kenderaan hangus dalam kebakaran di atas bumbung tempat letak kereta bertingkat di bangunan komersial Golden Mile Tower di Beach Road di sini pada Sabtu.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 12.50 tengah hari dan api berjaya dipadamkan menggunakan dua pancutan air.

"Kira-kira 45 orang telah dipindahkan dari premis itu oleh polis dan SCDF. Tiga individu telah dinilai terhidu asap tetapi mereka enggan dihantar ke hospital," katanya di Facebook.

SCDF berkata hasil siasatan awal menunjukkan bahawa kenderaan terlibat bukanlah kenderaan elektrik. Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Golden Mile Tower yang dibina pada 1970-an pernah menempatkan pawagam terbesar di republik itu.

Bangunan itu lebih sinonim kepada rakyat Malaysia sebagai satu daripada tempat menurunkan dan mengambil penumpang bas ke dan dari Malaysia.

Video yang dikongsi dalam talian oleh orang awam menunjukkan berpuluh-puluh kenderaan di tempat letak kereta premis itu terlibat dalam kebakaran dengan letupan kedengaran dan kepulan asap boleh dilihat dari jarak jauh.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan