DUNIA > BERITA

Parti Pemerintah Azerbaijan Raih Majoriti Kerusi Parlimen

02/09/2024 11:58 AM

BAKU, 2 Sept (Bernama-Xinhua) -- Parti Baharu Azerbaijan memperoleh majoriti kerusi Parlimen negara itu dalam pilihan raya awal yang diadakan pada Ahad, lapor Xinhua.

Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat Mazahir Panakhov mengumumkan keputusan itu pada awal Isnin selepas penjumlahan undi melibatkan kira-kira 5,895 pusat mengundi.

Keputusan awal menunjukkan calon-calon daripada Parti Baharu Azerbaijan yang memerintah memenangi kira-kira 68 daripada 125 kerusi Parlimen, berdasarkan 91 peratus daripada jumlah undi yang dikira.

Sebahagian besar baki kerusi itu pula dimenangi oleh parti kecil dan calon Bebas.

Peratusan keluar mengundi ialah 37.27 peratus.

--BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan