DUNIA > BERITA

Malaysia Cadangkan Tahun Kemahiran ASEAN 2025

03/09/2024 12:13 PM

Oleh Mohd Iswandi Kasan Anuar

JAKARTA, 3 Sept (Bernama) -- Malaysia mencadangkan agar 2025 ditetapkan sebagai Tahun Kemahiran ASEAN dan merancang untuk melancarkan beberapa inisiatif dalam sektor buruh sebagai sebahagian daripada peranannya selaku Pengerusi ASEAN akan datang, menurut Sekretariat ASEAN.

Cadangan ini dibincangkan pada Isnin dalam satu pertemuan antara Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud dan Timbalan Setiausaha Agung ASEAN bagi Komuniti Sosio Budaya, Ekkaphab Phanthavong.

Khairul Dzaimee yang mengetuai delegasi peringkat tinggi termasuk Nurul Jiana Mohd Jamel, kaunselor buruh di Kedutaan Malaysia bertemu dengan Phanthavong di Sekretariat ASEAN di sini.

Laos akan menyerahkan kepimpinan ASEAN kepada Malaysia semasa Sidang Kemuncak ASEAN yang dijadual berlangsung dari 8 hingga 11 Okt 2024, di Vientiane.

Malaysia pernah memegang jawatan Pengerusi ASEAN sebanyak empat kali iaitu pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.

Ditubuhkan pada 8 Ogos 1967, ASEAN kini terdiri daripada 10 negara anggota iaitu Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Thailand, Singapura,dan Vietnam.

Timor-Leste masih menunggu untuk menjadi anggota penuh kumpulan itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan