DUNIA > BERITA

Jordan Catat Kes Mpox Pertama Tahun Ini

03/09/2024 02:10 PM

AMMAN, 3 Sept (Bernama-Xinhua) -- Kementerian Kesihatan Jordan mengumumkan pada Isnin bahawa negara itu mencatatkan kes pertama mpox pada tahun ini.

Pesakit merupakan seorang lelaki warga asing berusia 33 tahun dan disahkan menghidap penyakit itu melalui ujian makmal, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Petra.

Lelaki itu diasingkan di Hospital Al Basheer di Amman dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Kementerian Kesihatan Jordan akan terus memantau perkembangan mpox dan bersedia menghadapi sebarang perkembangan berkaitan penyakit itu dan mematuhi pelan nasional yang ditetapkan bersama pihak berkuasa berkaitan.

Jordan pernah mencatat satu kes serupa pada 2022.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan