DUNIA > BERITA

Syiling Perak Rom Dijumpai Di Pulau Terpencil Di Itali

03/09/2024 02:21 PM

ROM, 3 Sept (Bernama-dpa) -- Ahli arkeologi menjumpai 27 syiling perak Rom di sebuah pulau terpencil di selatan Itali yang dipercayai disembunyikan daripada lanun, menurut pihak berkuasa tempatan pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Syiling-syiling itu bertarikh antara 94 dan 74 SM, ditemukan di kawasan yang sama 107 syiling lain yang dijumpai pada 2010 di pulau terpencil Pantelleria.

Ahli arkeologi yang diketuai Thomas Schäfer dari Universität Tübingen, Jerman menjumpai syiling-syiling ini semasa projek pembersihan dan pemulihan di Acropolis San Marco dan Santa Teresa, menurut kenyataan dari wilayah Sicily.

Menurut Schäfer, beberapa syiling perak itu muncul kembali selepas hujan, manakala selebihnya dijumpai di bawah batu besar ketika kerja-kerja penggalian diteruskan.

Ahli arkeologi itu percaya bahawa harta ini mungkin disembunyikan semasa serangan lanun pada zaman itu.

"Selain daripada nilai intrinsik penemuan ini, ia juga menawarkan maklumat berharga mengenai peristiwa, hubungan perdagangan dan politik yang membentuk Mediterranean pada zaman Republik," kata kaunselor wilayah, Francesco Paolo Scarpinato.

Schäfer menyifatkan tapak itu sebagai "indah" dan kekal tidak terjejas selama berabad-abad.

-- BERNAMA-dpa


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan