DUNIA > BERITA

Paus Francis Tiba Di Indonesia Sempena Dialog Antara Agama

03/09/2024 03:28 PM

Oleh Mohd Iswandi Kasan Anuar

JAKARTA, 3 Sept (Bernama) -- Paus Francis, pemimpin Gereja Katolik dan Kota Vatican, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Indonesia pada Selasa (3 Sept) 11.20 pagi waktu tempatan.

Lawatan empat hari beliau yang berakhir pada Jumaat (6 Sept), adalah sebahagian daripada lawatan yang lebih luas untuk mempromosikan dialog antara agama di Indonesia, negara dengan jumlah umat Islam paling ramai di dunia, sebelum meneruskan ke Papua New Guinea, Timor-Leste dan Singapura.

Paus disambut delegasi pegawai Indonesia, termasuk Menteri Hal Ehwal Agama Yaqut Cholil Qoumas, serta wakil Gereja Katolik.

Paus dijadualkan melawat Kedutaan Vatican sebelum bertemu dengan Presiden Joko Widodo pada Rabu.

Itinerari beliau termasuk lawatan ke tapak keagamaan penting, termasuk Gereja Katedral dan Masjid Istiqlal.

Sebagai respons kepada lawatan itu, Joko Widodo melahirkan penghargaannya dengan berkata, "Bagi pihak rakyat Indonesia, saya amat mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih kepada Yang Mulia Paus Francis atas lawatannya ke Indonesia," seperti yang dilaporkan oleh portal berita Kompas.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan