DUNIA > BERITA

Hubungan China-Afrika Dinaik Taraf Ke Komuniti Berkongsi Nasib Sepanjang Masa

05/09/2024 07:39 PM

BEIJING, 5 Sept (Bernama-CMG) -- Presiden China Xi Jinping mencadangkan agar hubungan dua hala antara China dan negara Afrika yang mempunyai hubungan diplomatik dinaik taraf kepada komuniti berkongsi nasib sepanjang masa untuk era baharu.

Beliau menyatakan perkara itu semasa majlis perasmian Sidang Kemuncak bagi Forum Kerjasama China-Afrika di Dewan Besar Rakyat di sini pada Khamis.

Xi berkata China dan Afrika yang bersama memperjuangkan matlamat modenisasi dipercayai akan mencetuskan fenomena yang makmur di "Selatan Global" sepanjang proses pembangunan yang berorientasikan modenisasi. Ini akan membuka satu lembaran baharu dalam usaha membentuk komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Menurut Xi, kedua-dua pihak disarankan mendorong modenisasi yang adil dan rasional, terbuka dan sama menang, berpaksikan rakyat, inklusif, mesra alam, serta damai dan aman.

"Sekiranya China dan Afrika yang mempunyai satu pertiga populasi di dunia tercicir, mustahil modenisasi dunia dapat direalisasikan. Dengan itu, China bersedia bersama Afrika menggariskan sepuluh perkara yang patut dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun akan datang, termasuk mempelajari tamadun masing-masing, meningkatkan perdagangan, kerjasama rantaian perindustrian, kesalinghubungan, kesihatan, pertanian mesra rakyat, pertukaran sosiobudaya, pembangunan hijau dan keamanan bersama," kata Xi.

Mengulas lanjut Xi berkata tiada negara boleh ketinggalan dalam proses modenisasi.

"Biarkan kita berganding bahu memperjuangkan matlamat modenisasi China-Afrika yang dipercayai kondusif dalam senario 'Selatan Global', dan mendorong dunia ini berkembang ke arah keamanan, kemakmuran dan kemajuan," katanya.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan