DUNIA > BERITA

ASEAN Bincang Isu Utama Yang Jejaskan Keselamatan Serantau

06/09/2024 09:35 AM

VIENTIANE, 6 Sept (Bernama-Xinhua) -- Wakil negara anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dalam Mesyuarat Ketua-Ketua Angkatan Pertahanan ASEAN ke-21 bertemu di sini untuk membincangkan isu-isu utama yang menjejaskan keselamatan serantau dan kerjasama pertahanan, lapor Xinhua.

Bercakap pada mesyuarat itu pada Khamis, Timbalan Menteri Pertahanan Laos dan Ketua Turus Angkatan Tentera Rakyat Laos Khamlieng Outhakaysone menyatakan penghargaan kepada semua negara anggota ASEAN dan Sekretariat ASEAN atas sokongan serta sumbangan mereka, sambil memuji dedikasi mereka dalam memastikan kejayaan mesyuarat tahun ini, lapor akhbar tempatan Pasaxon pada Khamis.

Sepanjang mesyuarat itu, para peserta bertukar pandangan mengenai landskap keselamatan serantau terkini dan membincangkan cara untuk meningkatkan kerjasama pertahanan dengan matlamat membina kepercayaan bersama, keupayaan dan kesiapsiagaan dalam menangani cabaran terhadap kestabilan serantau.

Perbincangan itu menekankan kepentingan mengekalkan keamanan, kestabilan dan perpaduan dalam kalangan ASEAN melalui usaha sama yang kolaboratif.

-- BERNAMA-XINHUA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan