DUNIA > BERITA

Kerjasama Malaysia Dengan Rusia, China, India Beri Manfaat Kepada Ekonomi - PM Anwar

06/09/2024 12:15 PM

MOSCOW, 6 Sept (Bernama-Sputnik) -- Kerjasama dengan Rusia, China dan India akan memberi manfaat kepada ekonomi Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu wawancara bersama RIA Novosti dan RT, lapor Sputnik.

“Isu pemusatan dan penglibatan dengan Amerika Syarikat yang masih merupakan pemain utama dari segi pelaburan dan perdagangan dengan Malaysia, dengan Eropah terutamanya Jerman dan lebih-lebih lagi sekarang dengan China, India dan Rusia, ini akan memberi manfaat kepada kita,” kata Anwar di luar Forum Ekonomi Timur (EEF).

Forum Ekonomi Timur bermula pada Selasa hingga 6 September di kampus Universiti Persekutuan Timur Jauh di Vladivostok.

Sputnik ialah rakan media rasmi forum itu.

-- BERNAMA-SPUTNIK


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan