DUNIA > BERITA

Malaysia Tidak Minat Sebelahi Barat Dalam Soal Hubungan Dengan Rusia - PM Anwar

07/09/2024 04:01 AM

VLADIVOSTOK, (Rusia), 7 Sept (Bernama-Sputnik) -- Malaysia tidak berminat untuk menyebelahi  Barat yang menentang Rusia kerana negara itu mengekalkan hubungan baik dengan semua pihak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu wawancara dengan  RIA Novosti dan RT, lapor Sputnik pada Jumaat.

Mengulas faktor Malaysia memilih untuk tidak berpihak, Anwar berkata Malaysia tidak mahu merumitkan lagi isu. 

“Maksud saya, niat kami, pendirian kami sudah tentu untuk mencari satu penyelesaian, tidak berpihak kepada Barat menentang Rusia. Apa faedahnya kepada kami? Seperti Amerika Syarikat dengan China, kami mengekalkan hubungan baik dengan kedua-duanya. Kenapa tekan kami supaya berpihak? Jadi mereka mencipta potensi masalah ini  kerana ia merupakan satu sistem berlainan,” kata Anwar di luar Forum Ekonomi Timur.

Forum Ekonomi Timur bermula dari Selasa hingga Jumaat. Ia dihoskan oleh Far Eastern Federal University, di Vladivostok, Rusia,  sebuah bandar pesisir pantai Pasifik. Sputnik ialah rakan kongsi  penerangan berkenaan EEF 2024.  

--BERNAMA-SPUTNIK

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan