DUNIA > BERITA

Perdana Menteri Baharu Perancis Hasrat Kaji Semula Skim Pencen

07/09/2024 04:29 PM

MOSCOW, 7 Sept (Bernama-Sputnik) -- Perdana Menteri baharu Perancis Michel Barnier mengumumkan hasratnya untuk meneruskan perbincangan mengenai pembaharuan skim pencen yang kontroversi, lapor Sputnik.

Protes besar-besaran terhadap pembaharuan skim pencen berlangsung di Perancis dari Januari hingga Jun 2023, dengan penglibatan lebih sejuta peserta di seluruh negara.

Namun, pada September undang-undang mengenai peningkatan umur persaraan secara berperingkat dari 62 kepada 64 tahun telah dikuat kuasa.

"Saya akan membuka perbahasan untuk menambah baik undang-undang ini bagi golongan yang paling terjejas," kata Barnier kepada penyiar TF1 pada Jumaat.

Bagaimanapun, beliau enggan mengesahkan sama ada peruntukan mengenai peningkatan umur persaraan secara beransur-ansur yang digariskan dalam pembaharuan itu akan dikaji semula, dengan menyatakan bahawa beliau mahu bertindak selaras dengan bajet negara.

Barnier merancang untuk membangkitkan isu ini di hadapan kedua-dua dewan parlimen dalam beberapa minggu akan datang, menurut laporan itu.

Selain itu, perdana menteri turut menggariskan keutamaan kerajaan, seperti mengawal aliran migrasi melalui langkah-langkah tertentu, memperbaiki perkhidmatan awam dan menghalang pertumbuhan hutang negara Perancis.

-- BERNAMA-SPUTNIK


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan