DUNIA > BERITA

Putin Yakin Inisiatif Forum BRICS Akan Tingkat Kedudukan Ekonomi Global Ahli

07/09/2024 11:17 PM

MOSCOW/SOCHI, 7 Sept (Bernama-Sputnik) -- Presiden Rusia Vladimir Putin mengalu-alukan peserta Forum Kesatuan Sekerja BRICS ke-13 dan menyatakan keyakinan inisiatif mereka akan membantu mengukuhkan kedudukan negara BRICS dalam ekonomi global, menurut telegram yang diterbitkan oleh Kremlin pada Sabtu.

Lebih 50 peserta mengambil bahagian dalam acara itu. Program berkenaan merangkumi beberapa sesi, yang setiap negara akan membentangkan laporan kebangsaan, berkongsi pengalaman dan inisiatif mereka untuk menyatukan kesatuan sekerja, lapor koresponden Sputnik.

"Memandangkan pengembangan persatuan BRICS baru-baru ini melalui kemasukan beberapa negara dengan ekonomi yang berkembang pesat, aktiviti anda kini mencapai skala baharu...Saya yakin anda akan mengadakan perbincangan yang bermakna dan membina, dan cadangan serta inisiatif anda akan dilaksanakan dalam amalan dan akan menyumbang kepada pengukuhan kedudukan negara BRICS dalam ekonomi global," menurut telegram itu.

Putin berkata matlamat forum itu sejajar dengan agenda presiden BRICS Rusia. Pemimpin Rusia itu menambah tugas pembangunan sosioekonomi dan kemanusiaan yang bercita-cita tinggi hanya boleh dipenuhi sepenuhnya melalui pendekatan sistematik terhadap pekerjaan, perlindungan hak, potensi kreatif dan peningkatan kemahiran profesional rakyat.

Forum Kesatuan Sekerja BRICS ke-13 diadakan di Sochi, Rusia dari 7 hingga 8 Sept.

-- BERNAMA-SPUTNIK

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan