DUNIA > BERITA

Singapura Tingkatkan Langkah Keselamatan Di Semua Pusat Pemeriksaan

09/09/2024 11:04 AM

SINGAPURA, 9 Sept (Bernama) -- Singapura sedang meningkatkan pemeriksaan keselamatan di semua pusat pemeriksaan darat, udara dan laut dari 9 hingga 14 September ini.

Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura mengumumkan bahawa ia akan melaksanakan pemeriksaan keselamatan yang dipertingkatkan ke atas pengembara dan kenderaan yang tiba di pusat pemeriksaan darat, udara dan laut berikutan situasi keselamatan yang semakin meningkat di rantau ini.

"Pengembara harus menjangkakan kelewatan di pusat pemeriksaan berikutan pemeriksaan yang dipertingkatkan dan mengambil kira masa tambahan untuk urusan imigresen," menurut ICA dalam hantaran di laman Facebook rasminya.

Agensi itu bagaimanapun tidak memperincikan sebab di sebalik langkah keselamatan berkenaan.

Paus Francis dijadual melawat Singapura dari 11 hingga 13 September untuk pusingan terakhir lawatannya ke Asia Pasifik.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan