DUNIA > BERITA

Pegawai Keselamatan Brics Bincang Inisiatif Ukraine Pada Mesyuarat Di St Petersburg

10/09/2024 05:18 PM

MOSCOW, 10 Sept (Bernama-Sputnik) -- Mesyuarat ke-14 pegawai peringkat tinggi BRICS yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal keselamatan di St Petersburg akan membincangkan inisiatif mengenai Ukraine, kata Setiausaha Majlis Keselamatan Rusia, Sergei Shoigu pada Selasa, lapor Sputnik.

"Topik yang akan dibincangkan melibatkan hubungan dua hala dan pelbagai hala.

"Sudah tentu, kami akan membincangkan inisiatif yang dikemukakan oleh negara-negara berkaitan Ukraine.

"Kami mempunyai banyak inisiatif di platform kami hari ini, antaranya yang utama boleh disebut dan sudah dikenali umum.

"Ini termasuk cadangan enam perkara oleh China dan Brazil, yang dibincangkan di sini," kata Shoigu kepada penyiar Rossiya 24.

-- BERNAMA-SPUTNIK

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan