DUNIA > BERITA

Rakyat Malaysia Disyaki Seludup Dadah Ditahan Di Singapura

10/09/2024 07:02 PM

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

 

SINGAPURA, 10 Sept (Bernama) -- Seorang lelaki warganegara Malaysia, berusia 34 tahun yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan dadah ditahan di Singapura selepas pihak berkuasa menjumpai lebih lima kilogram dadah dianggarkan bernilai S$305,000 (S$1=RM3.33) di dalam kereta yang dipandunya.

Menurut Biro Narkotik Pusat (CNB) Singapura, lelaki itu ditahan di sekitar Chin Swee Road dalam satu operasi yang dijalankan pada malam Isnin.

"Hasil pemeriksaan ke atas kereta yang dipandu suspek, pihak kami berjaya merampas kira-kira 264 gram (g) dadah jenis 'Ice', 1.88 kg heroin dan 3.14 kg ganja.

Dadah yang dirampas ini boleh digunakan oleh kira-kira 1,500 penagih bagi tempoh seminggu," menurut CNB dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.

Siasatan lanjut mengenai kegiatan penyeludupan dadah suspek sedang dijalankan.

Di bawah undang-undang Singapura, mereka yang didapati bersalah menyeludup lebih 15g heroin tulen (diamorphine), 250g methamphetamine, atau 500g ganja boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan