DUNIA > BERITA

UNICEF Puji Usaha PDRM Selamatkan 402 Kanak-kanak Daripada Eksploitasi, Pengabaian

12/09/2024 09:07 PM

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memuji Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa lain atas tindakan dan penyelarasan mereka dalam menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja yang menjadi mangsa eksploitasi dan pengabaian di pelbagai rumah kebajikan di Selangor dan Negeri Sembilan.

“Kami berharap tindakan ini menandakan berakhirnya trauma mereka dan permulaan perjalanan pemulihan mereka,” kata Wakil UNICEF di Malaysia, Robert Gass dalam satu kenyataan pada Khamis.

Gass berkata bahawa kanak-kanak ini mengalami tragedi yang tidak dapat dibayangkan dan memerlukan sokongan perubatan dan psikososial profesional untuk tempoh jangka masa yang panjang.

"Kerosakan yang terjadi adalah serius dan sering memberi kesan seumur hidup," katanya.

Menurut beliau, kanak-kanak dalam jagaan institusi memerlukan sokongan pekerja sosial bertauliah yang boleh memantau rumah kebajikan dengan berkesan.

“UNICEF bersedia untuk menyokong Kerajaan dalam melindungi kanak-kanak yang terabai daripada jagaan ibu bapa dan mencegah perpisahan antara keluarga-anak yang tidak perlu.

“Sudah tiba masanya untuk mengamalkan sikap sifar toleransi terhadap keganasan kepada kanak-kanak dalam semua bentuk.

"Setiap kanak-kanak berhak membesar dalam persekitaran keluarga yang saling menyokong,” katanya.

Gass menekankan bahawa selagi kanak-kanak tinggal dalam jagaan institusi yang tidak terkawal, "mereka berisiko tinggi mengalami penderaan dan keganasan."

-- BERNAMA  

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan