DUNIA > BERITA

Taufan Bebinca Dijangka Hampiri Pulau Okinawa, Amami Jepun Hujung Minggu Ini

13/09/2024 01:48 AM

TOKYO, 12 Sept (Bernama-Kyodo) -- Taufan Bebinca dijangka menghampiri pulau selatan Jepun, Okinawa, dan kawasan Kepulauan Amami di barat dayanya hujung minggu ini, dengan agensi cuaca pada Khamis memberi amaran mengenai tanah runtuh dan banjir, lapor Agensi Berita Kyodo.

Taufan ke-13 musim ini mungkin membawa angin kencang dan laut bergelora ke beberapa kawasan, menurut Agensi Meteorologi Jepun, yang turut menggesa penduduk berwaspada terhadap ribut, air pasang besar, dan paras air sungai yang meningkat.

Agensi itu juga menasihatkan orang ramai untuk mengelakkan aktiviti luar yang tidak penting dan menjauhkan diri daripada tingkap ketika berada di dalam rumah, kerana angin kencang boleh menyebabkan tiang utiliti dan bahagian bangunan runtuh.

Setakat pukul 6 petang, taufan itu bergerak ke arah utara-barat laut pada kelajuan kira-kira 25 kilometer sejam (kmj), di sebelah timur Filipina, dengan kelajuan angin mencecah sehingga 126 kmj dan tekanan atmosfera 990 hectopascal di pusatnya, menurut agensi itu.

-- BERNAMA-KYODO


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan