DUNIA > BERITA

Sekurang-kurangnya 37 Maut Akibat Banjir Di Nigeria

13/09/2024 12:48 PM

LAGOS (Nigeria), 13 Sept (Bernama-Anadolu) -- Sekurang-kurangnya 37 orang maut dan 400,000 yang lain hilang tempat tinggal selepas banjir besar melanda bandar Maiduguri di timur laut Nigeria, lapor agensi berita Anadolu.

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan (NEMA), Zubaida Umar berkata pada mesyuarat penyelarasan kecemasan di Abuja bahawa pasukan mencari dan menyelamat menemukan 37 mayat selepas kejadian banjir besar pada Selasa.

Banjir melanda Maiduguri, ibu negeri Borno hingga mengakibatkan sekolah, hospital, pejabat kerajaan, zoo, pusat ibadat, bank dan kawasan komersial ditenggelami air.

Pihak berkuasa menyifatkan banjir kali ini sebagai kejadian terburuk dalam beberapa dekad.

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Kecemasan Borno (SEMA), Barkindo Saidu memberitahu Anadolu bahawa operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.

"Operasi mencari dan menyelamat masih berjalan.

“Kerajaan menubuhkan sembilan kem untuk mangsa yang hilang tempat tinggal, manakala makanan, selimut, pakaian, tikar dan wang disediakan sebagai tindak balas segera," katanya kepada Anadolu.

Hampir separuh bandar masih ditenggelami air, dua hari selepas banjir besar melanda kawasan itu.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan