DUNIA > BERITA

Xi Ucap Tahniah Kepada Forum Xiangshan Beijing Ke-11

13/09/2024 02:37 PM

BEIJING, 13 Sept (Bernama-CMG) -- Presiden China Xi Jinping mengucapkan tahniah kepada Forum Xiangshan Beijing ke-11 yang membuka tirainya di sini, pada Jumaat.

Xi dalam surat tahniahnya berkata bahawa menghadapi perubahan besar yang tidak pernah berlaku dalam 100 tahun dan aspirasi rakyat seluruh dunia terhadap keamanan dan kestabilan, China secara aktif melaksanakan Inisiatif Keselamatan Global, menyatukan konsensus pelbagai pihak, menggalakkan penghapusan punca konflik antarabangsa, menambah baik tadbir urus keselamatan global, dan berusaha tanpa henti untuk menuju ke pembinaan dunia yang aman dan selamat.

Beliau juga menzahirkan harapan agar forum Xiangshan edisi ini dapat mengekalkan prinsip sama rata, terbuka, inklusif dan saling belajar, menggabungkan konsensus dan meningkatkan rasa saling percaya, supaya memberikan sumbangan lebih besar kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Tema Forum Xiangshan Beijing tahun ini ialah "Promosikan Keamanan untuk Masa Depan Bersama".

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan