DUNIA > BERITA

Dua Askar India Terbunuh, Dua Cedera Di Wilayah Kashmir

14/09/2024 11:05 AM

Oleh Shakir Husain

NEW DELHI, 14 Sept (Bernama) -- Dua tentera India terbunuh dan dua lagi cedera dalam pertempuran dengan militan di daerah Kishtwar, di Jammu dan Kashmir pada Jumaat.

Kor White Knight tentera India mengesahkan kematian dua anggota itu di platform media sosial X.

Sebelum ini, ia melaporkan kedua-dua pihak saling berbalas tembakan di kawasan Chatroo di Kishtwar yang menyebabkan empat tentera cedera.

Dalam satu lagi operasi antipemberontakan di Kashmir, dua militan terbunuh di Khandara dalam daerah Kathua, kata Kor Rising Star tentera pada Jumaat.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan