DUNIA > BERITA

16 Maut, 40 Cedera Dalam Letupan Lori Tangki Di Haiti

15/09/2024 12:28 PM

MEXICO CITY, 15 Sept (Bernama-Xinhua) -- Sebuah lori tangki meletup di barat daya Haiti pada Sabtu, mengorbankan sekurang-kurangnya 16 orang dan mencederakan 40 yang lain, menurut pihak berkuasa perlindungan awam serantau.

Laporan awal mendedahkan bahawa letupan berlaku ketika orang ramai cuba mengumpul bahan api secara haram daripada tangki itu selepas kemalangan di kawasan Calbassier, Nippes, lapor Xinhua.

Ramai yang cedera parah dihantar ke hospital tempatan untuk rawatan, menurut pegawai.

Perdana Menteri Haiti Garry Conille berkata di media sosial bahawa pasukan perlindungan awam dan kesihatan awam sedang membantu mangsa.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan